RSS

" ...... "

salam alaik...

apa khabar semua ???
apa khabar iman kita???
harap semuanya sihat ya...

alhamdulillah...
saya bersyukur kerana masih lagi berkesempatan untuk hidup dalam nikmat iman & islam...

Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi sebuah kisah dan saya sentiasa yakin tiada masalah yang tak dapat untuk diselesaikan. Al-Kisah ini bermula apabila saya bersama-sama sahabat sekuliah dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba saya mendapat mesej daripada seorang sahabat (ketika itu tidak ada bersama) yang sentiasa saya hormat pendiriannya dalam segala perkara yang dilakukan. Mesej tersebut berbunyi :" Terima kasih banyak-banyak kerana awak buat saya macam ini.saya tak tahu apa salah saya dan awak tinggalkan saya macam tu sahaja! Awak buat saya macam sampah, bila susah kutip dan apabila senang awak lupakan macam tu je! Syukran! saya doakan awak berbahagia...Amin."Pada awalnya saya ingat mesej itu dikirim hanya pada saya sahaja, rupa-rupanya sahabat sebilik saya turut menerima mesej tersebut.

Sejujurnya,apabila saya membaca mesej tersebut perasaan hati saya ketika itu amat marah dan juga turut wujud rasa bersalah...Tapi saya ingat pesan ibu saya yang menyatakan kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri. Setelah saya fikir-fikir mungkin apa yang terjadi adalah salah saya.Akhirnya saya membalas mesej memohon maaf sekiranya saya salah kepadanya.....namum mesej itu tidak berbalas.

Selepas beberapa hari,
sahabat saya itu masih tidak tegur dan bertanya khabar saya seperti selalu.masa tu saya rasa, adakah aku sahaja yang bersalah dalam hal ini???

Setelah beberapa minggu lepas perkara tersebut berlaku,
Alhamdullilah...sahabat saya mula bertegur sapa sehinggalah ke hari ini...
Walaupun tidak seperti selalu...Saya tetap rasa cukup bersyukur.

Disini, sama-samalah kita berusaha untuk menjaga hati sahabat-sahabat kita walaupun terpaksa mengalah dalam sesuatu perkara...

buat sahabat yang dihormati,
sekiranya anda membaca entry ini...
- saya nak mohon banyak -banyak kemaafan yang tidak terhingga.
-ketahuilah sesungguhnya saya tidak berniat untuk melakukan perbuatan tersebut.

" Sayangilah Sahabat Anda "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment