RSS

WARKAH BUAT AYAHNDA TERCINTA....



Assalamualaikum ....
Diucapkan buat saudara seislam , keluarga, sahabat seperjuangan yg ana sayangi.
Rasanya belum terlambat utk ana mengucapkan Selamat Hari Lahir yg ke-43 buat abi ana yg menyambut hari lahir pada tanggal 05/06 yg lalu.Walaupun ana tidak dapat bersama dengan abi, umi & adik-adik ana pada tarikh tersebut disebabkan ana berada jauh di Bangi utk meneruskan pembelajaran ana dibumi KUIS ia tidak sekali-kali melemahkan semangat ana disini.
Ucapkan terima kasih buat abi kerana sudi membesarkan anakmu ini walaupun anakmu ini seorang yang nakal, degil, dan sebagainya.Tiada hadiah yang dapat anakmu ini berikan melainkan titipan doa untukmu.Tahniah juga anakmu ini ucapkan atas lantikan abi sebagai PJS.
Pesanan buat diri & sahabat-sahabat seperjuangan sekali,
1) Sayangilah abi & umi kita kerana tanpa mereka siapalah kita didunia ini.
2) Pohonlah keampunan selagi mereka masih ada agar tidak menyesal dikemudian hari.
3) Sentiasalah mendoakan kesejahteraan umi & abi kerana mereka mengharap doa anak dari anak-anaknya.
SAYANGILAH MEREKA SELAGI MEREKA MASIH ADA....
SELAMAT HARI LAHIR & HARI BAPA
anakmu ucapkan...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment