RSS

Buat Sahabat...

SAHABAT....

Berjanjilah pada diri ini agar dirimu berjuang dimedan diredhai ALLAH,
Membawa kemanisan iman, cinta & jihad yang abadi,
Lalu mengukir sebuah dakwah untuk menghidupkan agama ILLAHI...
Biar dirimu mati dalam perjuangan kerana kau islam sejati,
Biar rebah jasadmu kerana engkau syahid insani,
Biar puas sanubari kerana cintamu telah terbukti...
Dan kau masih berdiri dengan memandang setiap ummah,
Walaupun langkah & nafasmu kadang kala lemah,
Menanti setiap seru Perjuang ALLAH.
Mengikat ukhuwah,
Lantas membawa pulang Fisabilillah.
Buat Sahabat-sahabat yang disayangi,
Maafkanlah diri ini andai pernah menguris hati kalian,
Diri ini hanyalah seorang insan yang lemah,
Yang masih memerlukan bimbingan,
Terima kasih kerana sudi berkawan dengan ana,
Memberikan ana kekuatan & semangat ketika ana lemah,
Insyaallah ana akan menjadi seorang sahabat sebaik mungkin buat kalian.
Persahabatan ini terjalin kerana allah,
Biarlah ia berpisah juga kerana allah....
Teruskan berdakwah bagi menegakkan syiar islam
kerana itu amanah dari illahi...
SALAM UKHUWAH FILLAH .....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment