RSS

UMMIKU SAYANG....


Ummi…
Anakmu ini telah banyak berdosa kepadamu,
Adakala menyakiti hatimu,
Adakala melawan katamu,
Dapatkah anakmu ini membalas pengorbananmu,
Yang telah berkorban nyawa demi melahirkan diri ini,
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajah anakmu yang hina ini...

Ummi...
anakmu ini masih ingat,
dulu engkau banyak menangis,
kerana diri ini,
Walaupun begitu dirimu
Tidak jemu-jemu mendidikku,
Agar menjadi orang berguna..

Ummi,
Dikau membesarkan aku,
Untuk mengenal erti kemanusiaan,
Dikau juga begitu semangat,
Mengasuh anakmu ini agar,
menjadi insan beriman,
Dan menjadi anak yang soleh.

Ummi……..!!!!
Anakmu ini ingin mengambil peluang
Mengucapkan terima kasih,
Akan pergorbananmu,
Dan akan anakmu ini lafazkan ungkapan
itu sehingga akhir hayat,
Dan anakmu ini akan sentiasa menginggati
Segala pergorbananmu yang murni itu…

Sempena Hari Ibu,
Anakmu ini mendoakan kesejahteraan dirimu,
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia,
Disamping keluarga tercinta...

SAYANGILAH IBU ANDA ....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment